Friday, 3 January 2014

Kelanaku di Dataran Syuhada' -Mu'tah-

Sepanjang tiga tahun berkelana di Dataran Syuhada' ini, petang semalam baru pertama kali saya berpeluang menjejakkan kaki di medan Ma3rakah Mu'tah. 

Walhal ianya hanya terletak bersebelahan dengan Universiti Mu'tah.




Kendatipun, alhamdulillah, Allah masih beri saya kesempatan untuk merasai semangat juang mereka dan mentadabbur alam yang luas ini.

Sungguh, setiap kali saya melalui medan peperangan itu untuk pergi ke kuliah, setiap kali itulah saya membayangkan para sahabat sedang sengit bertarung dengan sepenuh daya untuk menumpaskan pihak musuh.

Bunyi bilasan pedang kuat berdentingan.

Laungan takbir sayup-sayup kedengaran.

Panji-panji Islam terus megah berkibaran.

Walaupun panji itu disambut berganti-gantian.

Darah suci pula membasahi di segenap ruang dataran.

Allah.

Matlamat mereka berjuang hanya satu; untuk mencapai keredhaan Allah yang Satu.

Walaupun pada logik akalnya, mustahil untuk mereka meraih kemenangan kerana bilangan pihak musuh berkali-kali ganda banyaknya.

3 000 orang vs 20 000 orang.

Mustahil!

Tapi, mereka tidak pernah mengalah apatah lagi untuk menyerah.

Karna bagi Allah tiada yang mustahil. Jika Allah mengkehendaki kemenangan berpihak kepada Islam, maka ianya pasti berlaku. 

Mereka yakin bahawa Allah pasti ganjari mereka dengan sebaik-baik ganjaran yakni syurga yang kekal abadi.

Syukur. Tentera Islam menang.

Tatkala Abdullah bin Rawahah menyambut panji Islam dari tangan Jaafar bin Abi Talib (selepas Jaafar gugur syahid), beliau berkata dalam syairnya;

"Aku bersumpah wahai jiwa, engkau harus turun di medan perang dalam keadaan engkau akur taat pada perintah atau dalam keadaan terpaksa.

Andai manusia semua berteriak dan berteriak kuat seolah-olah menyerupai suara tangisan maka aku tidak lihat kamu membenci syurga.

Sesungguhnya sudah lama engkau hidup dalam ketenangan.

Jaafar, tidak akan terhidulah melainkan haruman bauan syurga."

Allahu. Runtun hatiku. 

Sayu. Melihat kekentalan dan kegigihan mereka berjuang tanpa henti membuatkan aku terasa malu. Malu dengan diriku sendiri.

Maka, masih pantaskah aku mengeluh kepenatan atas jalan juang ini?

Dush!

#1 Rabi'ul Awal 1435H#