Photobucket

Saturday 1 September 2012

~Ahlein Tetamu Dataran Syam~



CINTA & IMPIAN

Tika kaki mula melangkah,
Meninggalkan bumi ibunda tercinta,
Hatiku seakan-akan tewas,
Lidah lembut seakan-akan kelu,
Untuk ku lafazkan,
"Selamat tinggal semua".


Kerna dia ibuku,
Dia ayahku,
Dia adikku,
Dia sahabatku.

Mengapa saat ini,
Jiwaku diterjah rasa sayang yang tak terkata,
Seakan pemergian ini buat selamanya.

Wajah tua itu,
Melambaikan tangan kepadaku,
Tangan tua yang keras bekerja membesarkan aku,
Tangan itulah,
Yang dulunya pernah mendodoikan aku,
Tangan itu jugalah suatu masa dulu,
Tegas mendidik dan mengajar aku akan erti hidup ini.

Ku tempa saat ini di memoriku,
Agar bisa menjadi inspirasi,
Akan ku genggamnya bersama impianku,
Sebagai penguat saat lemahku.

Aku tetap menyayangimu,
Walau jarak ini memisahkan, 

Tiada apa yang dapat meleraikannya,
Meskipun nyawa dipertaruhkan.

Ayah...
Ibu...
Aku akan pulang nanti,
Bersama segulung kejayaan,
Biasan kasihku ini hanya untukmu.

Ya Allah,
Demi agamaMU,
Akan ku teruskan langkahku ini,
Kerna ku yakin,
Inilah jalan menuju redhaMU...



*Nukilan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) '12/'13

 - Akhi Kailani Zahari

"PERMATA KITA, SUARA KITA, KELUARGA KITA"



Thursday 26 July 2012

~Murabbi tegar~

Tatkala hati dipenuhi noda,
Sedang jasad dilumuri dosa,
Tambahan khilaf menyelubungi jiwa,
Bagai tersentap iman yang alpa,
Dengan kehadiran tetamu yang dimuliakan-Nya,
Untuk menyucikan segala rasa si pendosa.

Kedatanganmu membawa seribu satu warna,
Menyerikan kehidupan yang mengejar maghfirah-Nya,
Kebaikan yang dilakukan bertambah kali ganda,
Pintu-pintu firdausi terbuka luas buat yang mendambakannya,
Lubang-lubang jahanam tertutup rapat buat yang menggeruninya,
Maka terbelenggulah si durhaka yang durjana dalam rantaian Pengazabnya.

Sungguh beruntung insan yang terpilih berada dalam madrasahnya,
Sentiasa berada dalam kerahmatan dan pengampunan Sang Pencipta,
Terlepas daripada azab neraka yang haus akan bahan bakarnya,
Dijanjikan pula sebuah syurga ar-Rayyan istimewa buat yang berpuasa,
Dijadikan bau mulut sang saum indah bak kasturi harumnya,
Maka nikmat apa lagi yang kamu dusta akannya.


Engkau merupakan murabbi tegar yang mendidik hamba-Nya,
Supaya segera kembali mengabdikan diri kepada yang Esa,
Dengan memaknakan setiap perlakuan hanya untuk menggapai redha-Nya,
Kerana kedatanganmu bukan sekadar manusia rancak memusimkan agama,
Bukan juga hanya sekadar menahan lapar dan dahaga,
Bahkan piala taqwa itu yang mesti diraih pada penghujung nantinya.

Akan sampai suatu saat engkau pergi meninggalkan umat-Nya,
Maka ketika itu telah berjayalah insan yang melepasinya,
Iaitu mereka yang kembali kepada fitrah penciptaan lalu thabat dengannya,
Suci daripada segala karat jahiliyah yang merantai batinnya,
Maka tersenyumlah iman di dalam jiwa,
Atas kemenangan hakiki dalam merangkul Ramadhan yang mulia.


26072012
10.00 pm




*Diharapkan belum terlambat untuk ana ucapkan Selamat menjalani Ramadhan Kareem buat sahabat2 di Jordan(puasa sehari lebih awal daripada Msia) dan tidak dilupakan juga buat keluarga dan sahabat2 di Malaysia, serta kepada seluruh umat Islam sedunia ^___^

#Semoga menjadi alumni University of Ramadhan yang terbaik!! 
InsyaAllah, sama-sama doakan..

Wednesday 6 June 2012

Rahsia Allah

Menyusuri perjalanan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, kita tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai rintangan dan halangan yang mendatang. Mehnah, kesulitan, dan tribulasi yang dihadapi pasti tidak akan bertemu dengan pengakhiran yang baik sekiranya kita sebagai orang Mukmin tiada niat yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah SWT.


Apabila berbicara soal keikhlasan, tiada siapa yang mengetahui akan bentuknya, saiznya, dan rupanya. Sering juga kita mendengar bahawa ikhlas itu seperti seekor semut hitam yang berjalan di atas batu yang hitam pada malam hari yang gelap. Wajib kita tak nampak semut itu kan ^_^

Keikhlasan itu adalah satu sifat yang dipuji oleh syarak. Amalan ibadah yang dilakukan orang Mukmin hanya akan diterima Allah berdasarkan keikhlasannya dalam melaksanakan ibadah tersebut. Sebagaimana yang telah dirakamkan oleh Allah SWT :

وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ‌ۚ وَذَٲلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ 
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.
(al-Bayyinah : 5)

Meneliti ayat ini, Allah telah menegaskan bahawa Dia tidak akan menerima ibadat hamba-hambaNya melainkan ibadat yang dilakukan dengan ikhlas semata-mata mencari keredhaanNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain.

Kita fikirkan sejenak, sirah Rasulullah SAW yang menekankan tentang keikhlasan, apabila Rasulullah SAW bersama umat Islam hendak berhijrah ke Madinah, terdapat orang-orang Islam yang berhijrah kerana ingin mencari kehidupan dunia dan perempuan yang ingin dikahwininya, bukannya mencari keredhaan Allah SWT.

Justeru, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa mereka hanya mendapat apa yang mereka hajati. Jelas di sini bahawa orang-orang Mukmin yang memperoleh kejayaan adalah mereka yang beramal dengan ikhlas semata-mata kerana Allah Taala. Dari sirah ini, kita dapat hanya hamba yang dikasihi Allah yang akan diberikan sifat ikhlas di dalam hatinya. Ana masih ingat lagi apa yang diperkatakan oleh Dr. Roud dalam kuliah Aqidah Islamiyah 1(pensyarah yang paling ana sayangi dan kasihi^^,) tentang definisi ikhlas itu. Beliau berkata ikhlas ialah suatu rahsia yang dicampakkan Allah ke dalam hati abidNya yang mukmin dan yang dikasihi, sehinggakan para malaikat mahupun syaitan tidak dapat melihat akan ikhlas itu. ~Ikhlas itu antara si hamba dan Sang Khaliq.

Terfikirkah kita, adakah kita tergolong dalam kalangan hamba yang dikasihi Allah? Tidak dapat tidak, keikhlasan adalah satu sifat yang pastinya tidak dapat dinilai oleh manusia kerana keikhlasan itu bukannya boleh diukur dari pandangan zahir, ikhlas hanya dapat dinilai oleh Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis qudsi yang bermaksud : "Firman Allah Taala, ikhlas itu suatu rahsia daripada rahsia-rahsiaku yang dicampakkannya(ikhlas) dalam hati hamba yang Aku kasihi."

Benarlah, apa yang tersimpan di dalam hati kita, Allah tetap mengetahuinya sama ada kita benar-benar ikhlas mencari keredhaanNya atau sebaliknya bertepatan dengan firman Allah Taala :

قُلۡ إِن تُخۡفُواْ مَا فِى صُدُورِڪُمۡ أَوۡ تُبۡدُوهُ يَعۡلَمۡهُ ٱللَّهُ‌ۗ وَيَعۡلَمُ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya dan Dia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(al-Imran : 29)

Apabila disoroti kembali tanggungjawab kita sebagai penuntut ilmu Allah, kita melangkah untuk mencari secebis ilmu daripada ilmu-ilmu Allah yang luas ini, sedarkah niat kita yang sebenar, sama ada benar-benar ikhlas mencari keredhaan Allah atau kita telah lalai dan tersasar daripada niat yang sebenar? Buka minda, tanyalah iman. Apabila tiada keikhlasan dalam menuntut ilmu Allah ini, tidak mustahil jika ilmu yang dipelajari tidak dapat dimanfaatkan baik untuk diri kita mahupun orang lain. Maka sia-sia sajalah masa dan wang yang telah kita habiskan untuk menuntut ilmu ini yang mana tidak mendatangkan sebarang manfaat pada diri kita sedikit pun.

Tujuan kita menuntut ilmu mungkin tidak jelas, kemungkinan kita dipaksa oleh ibu bapa untuk teruskan belajar, atau sekadar mengikut sahabat karib, atau takut diperkatakan oleh masyarakat(malu agaknya) dan sebagainya. Dan tatkala itu apabila kita melakukan sesuatu kerana makhluk bukan lillahi taala maka kita akan ketemui kekecewaan dan kesedihan di penghujungnya. Kemungkinan kejayaan yang dikecapi itu hanyalah untuk mendapat pujian makhluk semata-mata dan percayalah ia hanyalah sementara sahaja. Dan kegagalan yang dibebani pada pundak kita juga akan kita galasi seorang diri, menjadikankan kita mudah tewas saat diri ini tidak lagi dihargai ,merasakan diri seperti melukut ditepi gantang. Kita lupa ada yang sentiasa menemani kita sepanjang masa, setiap detik, Dia sentiasa berjaga dan tidak tidur. Dialah Pencipta kita. Pabila kita sandarkan segalanya pada yang Maha Mendengar dan cuba ikhlaskan hati dalam melakukan sesuatu tanpa mengharapkan imbalan daripada makhluk, hati ini akan sentiasa berada dalam ketenangan. Sungguh ajaib orang Mukmin itu, apabila dikurniakan nikmat dia bersyukur dan apabila ditimpa musibah dia bersabar. Matlamat perlu jelas dan nyata, barulah hidup ini bererti dan bermakna.



Ya Allah, jadikanlah kami ini tergolong dalam kalangan hamba-hambaMu yang ikhlas berjuang dalam menegakkan kalimah tauhidMu dan juga ikhlas dalam menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah SAW di atas dunia yang sementara ini..Ameen..
InsyaALLAH..Allah maak..

Wednesday 23 May 2012

_Hakikat Imtihan_


Sekarang ini kami di Jordan sedang menjalani "ZONE IMTIHAN NIHAIE"~macam main game pula ya_siap ada zone2 lagi^^.. Fasal ke-2 ni ana ambil 5 madah --> Hadarah Islamiyah(21/5/12), Ulum al-Quran(22/5), Aqidah Islamiyah 1(22/5) Ulum Hadis(26/5) dan akhir sekali Fiqh Ibadat 1(28/5).. Doakan ana supaya dipermudahkan untuk menjawab imtihan kali ini ma'a natijah MUMTAZ, insyaAllah.. Ana juga mendoakan sahabat2 yang sebahtera dengan ana ni sampai ke pelabuhan KEJAYAAN akhirnya nanti, sama2 cemerlang untuk ISLAM.. Ameen..

Bila dah masuk fatrah imtihan ni, mula lah timbul berbagai-bagai perasaan ~berdebar lah, bimbang, gementar, takut pun ada ^_^" (simptom2 orang exam).. Pelik juga kan, kita sudah memikirkan natijah yang negatif (takut gagal @rasib @tidak boleh jawab) sedangkan kita ni belum lagi berusaha @ memulakan langkah yang pertama.. Benar, kita juga perlu mengambil kira akan hasilnya nanti sebagai semangat untuk kita terus berusaha mencapai TARGET MUMTAZ, insyaALLAH.. Tapi jika kita berfikir secara berlebihan, ia akan membawa kesan yang buruk.. Sebab apa? Jika kita sudah mindset kan yang kita ni tak akan mampu buat sesuatu tu, maka ia akan membuatkan kita rasa 'down',malas nak usaha, kecewa dan putus asa"dah tak ada harapan" (kalau aku usaha pun, bukannya mumtaz pun, banyak pula tajuk yang masuk kali ni, mana sempat nak baca dan bla bala bla) (dia tak mengapalah, pelajar hebat)-->monolog dalaman.. Betul tak? Natijahnya, study pun entah ke mana, exam pun entah ke mana disebabkan asyik melayan perasaan saja-->mematikan langkah untuk terus maju ke hadapan.. Jadi, betulkan mindset kita semula @ tajdid niat--> kita kena yakin bahawa Allah tidak akan menzalimi hamba2Nya, Dia akan menilai usaha kita walaupun sekecil biji sawi kan dan bukan pada natijahnya,  gunakan konsep tawakal yang sebetulnya (usaha sehabis mungkin kemudian barulah berserah padaNya diiringi dengan doa yang tidak putus2) , fikirkan positif + positif~ baru ada semangat nak belajar kan.. Kita belajar ni  pun bukan kerana imtihan semata-mata kan,tapi lillahi Taala.. Ingatlah, Allah sentiasa rindukan rintihan doa hambaNya yang meminta kepadaNya..

Kalau sahabat kita boleh, kenapa kita tidak boleh?.. Ingat tak lagi lirik lagu Allahyarham Sudirman tu "Jika fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu......"~sambung sendiri ya^_^ Laa takhaf wa laa tahzan, innallaha ma'ana.. Kebergantungan dengan Allah tu penting.. Letakkan 101% yakin pada Yang Maha Kaya.. Firman Allah SWT :

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (al-Imran : 139)

Exam2 juga kan, sibuk study sepanjang masa, tak ingat benda lain dah(dalam kepala~penuh dengan kitab2) tapi jangan lupa ya, hubungan dengan Allah dan manusia juga kena jaga (hablum minallah wa hablum minannas)..  Pada masa ni lah, kita kena lebih dekat dengan Allah, sebab apa ya? Kerana yang memberikan natijahnya (kejayaan) itu Allah kan, takkan kita nak sombong/takbur pula dengan Sang Khaliq.. Jaga waktu solat, banyakkan solat hajat, doa, zikir, selawat dan membaca al-quran supaya hati kita menjadi tenang walaupun fikiran tengah serabut^^.. Tapi ini tidak bermakna, masa exam saja perlu dekat dengan Allah(buat banyak ibadat), pastikan setiap masa(lepas exam pun) mesti sentiasa taqarrub ilallah supaya mendapat KEBERKATAN daripadaNya..*peringatan untuk diri ana juga.. Dan hadiahkan lah 1001 senyuman =) pada sahabat walaupun dalam hati ni ada 1001 kerisauan =(.. Jangan tambahkan kerut sahabat pula ya.. Jika sahabat ingin meminta bantuan , bantulah semampu yang mungkin.. Kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudahkan urusan kita pula kan..




Hurmm, ada juga yang berfikiran "exam ni tak penting pun, duniawi semuanya, bukan boleh buat masuk kubur pun".. Memang tidak boleh, tapi mahukah kita ingin menjadi umat Islam yang lemah, terus ditindas dan ditindas oleh pihak Barat/Yahudi Laknatullah tu, mereka sudah sampai ke planet Pluto, yang kita ni masih ingin mencari kasut (hiperbola pula, maaf).. Kenapa negara mereka semuanya sudah maju sedangkan negara umat Islam masih di takuk yang sama? .. (Sebab kita ni malas agaknya-sahabat sekalian pasti ada jawapan yang lebih bernas rasanya).. Kita mengimpikan Islam itu dijulang kembali tetapi adakah kita ini termasuk salah seorang yang memenangkan Islam itu?..Tepuk dada, Tanyalah iman.. Firman Allah SWT :

وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَأَحۡسِن ڪَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
(al-Qasas : 77)

--> KITA HEBAT UNTUK ISLAM <--

Tetapi hakikatnya, imtihan pelajaran ni hanya ujian kecil @ satu juzuk saja jika ingin dibandingkan dengan ujian lain yang lebih penting dan mencabar yang Allah berikan pada hambaNya.. Mungkin jika kita ditanya mengapa kita terlalu takut untuk menghadapi imtihan pelajaran ni-->Kita mungkin menjawab kalau gagal, aku akan menghancurkan harapan ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara, aku akan dicemuh oleh kawan-kawan dan pelbagai lagi perasaan cemas terbayang-bayang di ruang mata sekiranya gagal..

Sebenarnya hidup ini pun adalah satu ujian yang dipenuhi onak berliku dan cabaran beribu.. Allah SWT sengaja menjadikan manusia dan makhluk yang lain mendiami alam yang fana ini semata-mata untuk menguji kita sejauh manakah kesetiaan kita kepada Pencipta.. Firman Allah SWT :

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya..
(al-Mulk : 2)

 وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ
..Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (al-Anbiya' : 35)

Justeru, keseluruhan hidup ini sebenarnya merupakan ujian.. Ia bermula dari kelahiran manusia hingga berkubur di liang lahad.. Di sana natijahnya yang muktamad akan diperolehi dan di sana juga kejayaan yang hakiki.. Setiap detik dan masa kita teruji.. Pertembungan antara kehendak nafsu dan tuntutan Ilahi, antara dosa dan pahala, antara halal dan haram.. Setiap hari kita diuji, bermula sebelum terbitnya fajar sodik kemudian dalam kesejukan embun pagi kita diuji untuk berjemaah di masjid.. Kita diuji lagi dengan solat dhuha, tugas persatuan, kerja dakwah dan pelbagai macam bentuk aktiviti lagi.. Kita teruji dengan pelbagai nikmat dan musibah.. Nikmat dan musibah juga merupakan ujian daripada Allah.. Adakah kita bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah dan bersabar di atas musibah ketentuan Allah?.. Adakah di sepanjang menghadapi ujian2 tersebut kita teguh mempertahankan tuntutan dan syariat Allah? Atau kita kalah, tergelincir, tenggelam dan hanyut dalam tuntutan hawa nafsu..

Berapalah nilainya kejayaan duniawi ini dibandingkan dengan kejayaan akhirat.. Kejayaan di dunia dan kecemerlangan akademik bukanlah penentu kejayaan di akhirat.. Betapa ramai manusia yang cemerlang di dunia meraih jayyid jiddan dan jayyid tetapi kecundang di akhirat.. Bukanlah kita menolak kejayaan di dunia bahkan ianya perlu untuk meneruskan bahtera hidup di alam ini.. Islam menggesa kita menempa kejayaan di dunia dan akhirat, bahkan kejayaan dunia adalah batu loncatan kejayaan di akhirat.. 

Imam al-Ghazali pernah menyatakan dalam kitab Minhaj al-'Abidin : "Sesiapa yang mengutamakan dunianya pasti akan berkurangnya penumpuan kepada akhirat dan sesiapa yang mengutamakan akhiratnya pasti akan berkurang penumpuan kepada dunianya".. Maka utamakanlah sesuatu yang kekal daripada sesuatu yang fana..

Sewajarnya di saat2 getir ini, kita menyusun strategi agar tidak kecundang di kedua-dua persimpangan ini.. Perlu menambahkan usaha dan ketekunan tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.. Sebagaimana kata ulama' : Kejayaan tidak akan dicapai dengan kerehatan..

.."Apabila engkau mengetahui apa yang engkau kehendaki akan terasa mudah apa yang terpaksa engkau korbankan"..

Justeru itu, marilah kita sama-sama(terutamanya diri ana ni) muhasabah dan menghisab kembali kedudukan diri kita agar kita sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah dan keredhaanNya serta dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.. insyaALLAH..

*Apapun natijah imtihan nanti sama ada najah atau sebaliknya, yakinlah Perancangan Allah itulah yang terbaik, pasti ada hikmah yang tersirat yang kita tidak tahu kan~ bersangka baiklah padaNya..^_^

*Khasnya semua pesanan di atas ni untuk memberikan tasyhji' @ semangat pada ana kerana kadang kala diri ini tiba-tiba hilang semangat @ malas(teruk kan)..^_^" ~dan untuk sahabat ana amnya..
ASSALAMUALAIKUM WBT...










Sunday 13 May 2012

~Mujahadah Majukan Diri~


Assalam..Lama sudah ana tak mengupdatekan blog ni__kekontangan idea barangkali ^_^"..Apa khabar iman kalian hari ni?~moga terus istiqamah dan thabat di jalanNya ya..insyaALLAH..

Banyak perkara dan peristiwa yang berlaku pada ana sepanjang ana tak mengupdate blog ni~adanya suka adanya duka~ dan ana pasti setiap perkara itu pasti ada hikmah yang tersembunyi yang Allah dah aturkan untuk kita kan sahabat..Benar, kehidupan di dunia ibarat roda yang berputar.. Kadangkala ianya berada di atas dan kadangkala ianya berada di bawah.. Begitulah juga dgn tahap keimanan seseorang, ada yang meningkat dan ada yang menurun.. Maka di sinilah kita perlu ada mujahadah diri untuk meningkatkan keimanan dalam diri kita kan..Firman Allah SWT :

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri [Al-Rad: 11]

Dalam memajukan diri, thaqafah(ilmu pengetahuan) memainkan peranan penting kepada kita kerana kita lah yang merupakan produk untuk membentuk generasi yang berilmu.. betul tak? kalau bukan kita,siapa lagi kan.. Bersama thaqafah inilah ianya dapat membawa impian yang dicita-citakan selama ini sbg pembawa risalah perjuangan rasulullah saw yang bakal diterajui oleh generasi kita.. Oleh itu, ceduklah ilmu sebanyak mungkin di mana2 sahaja kita berada sama ada dalam kuliah ataupun luar kuliah, dalam alam maya sekalipun kerana itulah merupakan bekalan kita untuk bertemu dgn Rabbul Jalil kelak.. Isu semasa lagilah kita kena cakna kan sebab kita tak nak jadi katak yang ada dalam botol kaca^^~cuma memerhati dari dalam tanpa ingin mengambil tahu akan kehidupan luar~we must try to be as pendakwah yang up-to-date~ Tambahan,sirah nabawiyah kita cuba baca dan kaji serta hayati kerana di situlah letaknya kekuatan untuk kita terus thabat dalam perjuanganNya..Misalnya kisah serikandi Islam yang pertama mati syahid iaitu Sumaiyah Ummu Ammar bin Yasir,dia disiksa dgn tragis,diheret di padang pasir yang panas terik cuacanya, disula hanya kerana ingin mempertahankan satu kalimah syahadah yang mulia.. Sedangkan wanita zaman sekarang tidak diduga sebegitu rupa kan, rasa malu pula pabila mengenangkan diri kita ini kan~masih hidup aman dan sejahtera,kalau ujian pun hanya sedikit cuma kalau nak dibandingkan dgn rasulullah dan para sahabat dahulu~moga terus diberi kekuatan spt mereka juga.. Hurmm, Dan peringatan untuk diri yang alpa ini dan juga kpd sahabat sekalian, segala ilmu yg kita dapat, cuba dan cuba dan terus mencuba untuk kita praktikkan ilmu tersebut krna ilmu tnpa amal itu ibarat pokok yang tidak berbuah..insyaALLAH~cuba walaupun sedikit~Allah melihat pada usaha kita bukannya pada natijahnya kan..

Menyedari hakikat ini, pentarbiyahan dari segi jasmani dan rohani juga merupakan unsur penting dalam membina individu muslim.. Pentarbiyahan yang mantap, sistematik dan berdisiplin dapat  melahirkan individu yang berwibawa dan mampu untuk membudayakan mujahid dan mujahidah di muka bumi anbiya' ini khususnya dan masyarakat di Malaysia umumnya.. Pentarbiyahan yang dilaksanakan rasulullah saw ~dengan berqiamulail scra istiqamah, solat sunat rawatib, solat sunat dhuha, puasa sunat, membaca alquran~ sewajarnya dipraktikkan oleh umatnya terutama kita selaku mahasiswa Jordan dalam membina diri mengikut acuan ALquran~pesanan ni utk ana juga~..  kerana inilah salah satu cara untuk kita membina kekuatan diri dalam mghadapi pelbagai tribulasi dan sebarang permasalahan walau di mana jua kita berada..*pabila kita mengingati Allah nescaya hati kita akan tenang..^^

 وَمِنَ ٱلَّيۡلِ فَتَهَجَّدۡ بِهِۦ نَافِلَةً۬ لَّكَ عَسَىٰٓ أَن يَبۡعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامً۬ا مَّحۡمُودً۬ا
 Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. [Al-Isra':79]


Di sini bukan dilihat dari sudut ruhiyyah sahaja bahkan jasmaniyyah juga perlu diambil kira kerana tanpa keseimbangan di antara keduanya ianya mungkin akan tumbang.. Dengan itu, kekuatan rohaniyyah bergantung kpda kekuatan jasmaniyyah.. "Akal yang cerdas datangnya daripada tubuh badan yang sihat"Kenapa? kerana apabila tubuh badan kita lemah, jadi ibadah kita pun kurang bermaya kan. ni juga ana pesan untuk diri ana juga^^ sebab akhir2 ni ana kurang sihat sikit~mgkin tidak mnjaga diri ini dgn baik, tambah2 cuaca yang tidak menentu di sini, tapi ana terima sakit itu sbg kaffarah dosa2 ana yg banyak ni.. insyaAllah~ujian itu suatu pengtarbiyahan kan_itu tandanya Allah sayang kat kita.. Hurmm, apa yang boleh ana lakukan untuk jasmani ana di sini dgn walking bersama sahabat2 ana ke jamiah @ perjalanan pulang ke rumah dri jamiah (ambil masa lebih kurang 20 minit sehala) berjalan sambil mentadabbur alam best juga kan.^^ tapi tak lah selalu, kalau malas tu, naik coaster(bas pendek) saja^_^" Kalau sahabat2 sekalian sudah pasti haibat dalam membina jasmaniyyah inikan-->main bola sepak,bola jaring,badminton,cycling,jogging kan~syabas ana ucapkan~sebab ana jarang main sukan2 ni.. Oleh sebab itu,sedarilah bahawa mujahid yang hakiki memerlukan kepada keseimbangan rohani dan jasmani yang sempurna.. Allah lebih menyukai mukmin yang kuat drpd mukmin yang lemah kan..

Dalam masa yang sama, pengawalan emosi dan perasaan dalam diri juga perlu dititikberatkan.. Menurut Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, emosi dan perasaan akan bergolak di sebabkan dua perkara iaitu kegembiraan yang melonjak dan musibah yang dahsyat.. Keterangan ini merujuk kepada sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya aku melarang dua ucapan yang bodoh lagi tercela; keluhan ketika mendapat nikmat dan umpatan ketika mendapat musibah"

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hadid ayat 23 yang bermaksud:


"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak bergembira(secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu."


Sesiapa yang mampu menguasai perasaannya dalam setiap peristiwa sama ada yang memilukan atau yang menyeronokkan maka dia lah orang yang mempunyai iman yang kukuh dan keyakinan yang teguh.. Natijahnya, orang itu akan beroleh kenikmatan dan kebahagiaan kerana kejayaannya mengawal nafsu.. Emosi yang tidak dikawal hanya akan meletihkan, menyakitkan dan meresahkan diri.. Contohnya, dalam keadaan marah, seseorang itu sukar untuk mengawal diri sendiri sehinggakan tubuh badannya akan gementar, mudah memaki hamun orang, nafasnya akan berdegup laju dan dia cenderung untuk bertindak membuta tuli mengikut nafsu tanpa sebarang kawalan..

Seorang mujahid/ah yang bermujahadah dalam memajukan diri, dia memerlukan kepada tadhiyyah(pengorbanan) kerana dengannya dia dapat membina keizzahan dan keunggulan individu itu sendiri.. Justeru, tadhiyyah juga memerlukan persediaan yang syumul bagi menghadapi segala rintangan yang akan ditempuhi.. Kerana ukuran kepada pengtarbiyahan ialah PENGORBANAN..



Kita sekarang masih berpijak di Tanah Syam , maka gunakanlah masa yang ada dengan bijak.. Susunlah, rancanglah dgn semaksimum mungkin untuk kita terus menyumbang sepenuh tenaga demi melihat syariat Allah tertegak atas muka bumi ini.. Binalah satu jati diri untuk memajukan kecemerlangan diri bagi merealisasikan impian masing2..

Rebutlah peluang dan ruang yang ada di bumi barakah ini dgn sebaik-baiknya.. Di sinilah kita perlu mujahadah agar kita mampu menghadapi mehnah dan mampu mengislah serta mewujudkan keyakinan diri apabila berhadapan dengan masyarakat kelak..


*khas pesanan ini untuk diri ana yang lemah ini dan untuk sahabat2 seperjuangan sekalian..~jazakallahu khairan jaza' sahabat kerana sudi membaca..^_^






Friday 30 March 2012

S!nAr Keh!DuPaN~


Dalam mencari erti sebuah kehidupan,
Aku masih dalam lembah kesamaran,
Kabur dalam pencarian suatu titik permulaan,
Lemas menyelami insani yang mengejar keduniaan,
Letih mengharungi segala ketetapan dugaan,
Mungkinkah Tuhan menguji kesabaran?

Aku masih leka dalam perhitungan,
Jalan manakah yang menjadi percaturan,
Kegusaran hati mendesakku mengatakan,
Hanya ada satu jalan penyelesaian,
Tetapi keraguan masih berpanjangan,
Apakah benar imanku membuahkan panggilan?

Kini hatiku mula membicarakan,
Aku kan temui pelangi kebahagiaan,
Tatkala aku kembali dan pasrah pada keesaan,
Pabila watak hamba dan khalifah dijitukan,
Maka aku melangkah penuh keyakinan,
Kerana aku pasti di sana adanya sinar kehidupan.


Tuesday 28 February 2012

~PeSaNan SuRah At-TaUbAH~


Petikan ayat-ayat suci Al-Quran ( Surah At-Taubah 12-18) ini dihimpun, yang mempunyai hubung kait dengan isu kezaliman yang berlaku di bumi Syria dan Palestin. Moga kita bersama-sama dapat renungkan isi penting dari surah ini..

12: Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).


13: Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?  


14: Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.


15: Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang-orang yang beriman itu dan Allah akan menerima taubat orang-orang yang dikehendakiNya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

16: Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

17: Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.

18 : Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
 
Moga kita punya kekuatan untuk selamatkan bumi syria dan palestin dari kezaliman Yahudi Laknatullah. Umat islam harus saling melindungi & membantu yang lemah dizalimi dan dianiaya.

Allahu akbar!!





Saturday 11 February 2012

Pedulikah kita kepada ummah?


Dalam kita asyik dan leka dengan keseronokan dan kenikmatan duniawi, sedarkah kita bahawa ada insan seakidah dengan kita yang menderita,menangis,merintih,menanggung keperitan yang tidak terhingga sedangkan insan-insan lain bergembira,bersuka ria seolah-olah  dunia ni 'aku yang punya' tanpa menghiraukan keadaan orang lain..sebenarnya hal ini sudah lama berlaku tetapi semakin rancak penyiksaan mereka terhadap saudara seIslam kita hari ini.. Kalau yang ambil cakna akan perkara yang berlaku sekarang ni,alhamdulillah..Bagi yang tak tahu-menahu,h0w about it?..

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang tidak mengambil berat atas urusan orang Muslimin maka bukanlah dia daripada kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredai Allah." (Riwayat At-Tabrani)


Kekejaman rejim Basyar Al-Assad(Presiden Syria) yang membunuh orang awam yang setakat ini sudah beratus-ratus ribu orang yang gugur syahid.. Ada yang diseksa dengan kejam.. Ada yang dibunuh anak-anak mereka di hadapan mata.. Ada yang isterinya diperkosa.. Ada yang disembelih di hadapan keluarga sendiri.. Ada bayi yang disumbat kedalam ketuhar.. Ada dibunuh kejam dan menyakitkan, tanpa mengira usia dan jantina..

Kanak-kanak, orang tua, remaja, perempuan, pemuda malah sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dan menentang kerajaan akan dibunuh dan disiksa..

Hanya kerana mereka menuntut keadilan, dan ingin melepaskan diri dari penindasan pemimpin diktator yang kejam lagi zalim..






Tegakah kita sebagai saudara seIslam melihat saudara kita diperlakukan seperti binatang bahkan lebih teruk lagi.. Bayangkan jika ayah atau ibu atau abang atau kakak atau sahabat kita berada di tempat mereka,sanggupkah kita melihat orang yang kita cintai itu dibunuh dan diseksa sebegitu rupa??..

“Ha..ha..ha..bagus2,,mereka semua sudah mampus!! Baru aman hidupku,,asyik nak menyusahkan aku je,,ade aku kisah k0rang mati ke tak..hak3..”..

 Adakah ini sikap kita terhadap saudara seIslam kita?.. kalau ya, teruskanlah bersikap sebegitu, maka nantikanlah balasan dari TuhanMU..

Perkara ini bukan boleh dibuat sambil lewa kerana ia melibatkan iman kita malah ia bukannya cubaan, tapi betul2*bak kata Pendekar Bujang Lapok*..nak tahu kenapa??..

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Daripada hadis tersebut,kita boleh ukur tahap keimanan kita..Macam mana kita boleh mengaku kita beriman kepada Allah sedangkan saudara kita diseksa dan dibunuh sesuka hati..bahkan orang yang membunuh saudara kita itu juga orang Islam..

“Barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannnya ialah Jahannam, ia kekal di dalamnya. Allah murka kepadanya dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.”
(QS. An-Nisa`:93)
“...Janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (untuk dibunuh) melainkan dengan suatu (sebab) yang benar...”. 
(QS. Al-An’am:151)


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

“ Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat..”

(Al-Hujuraat ayat 10)



Apakah sumbangan dan bantuan kita dalam mengurangi kesakitan mereka?..hanya dengan melihat saja sudah cukupkah atau hanya menunggu pihak2 lain untuk bersuara dahulu.. alamatnya umat Islam akan terus ditindas dan tertindas..kita mahu melihat mereka semua meninggal dulu baru kita nak bertindak?..adilkah kita membiarkan saudara kita diburu ketakutan sedangkan kita sihat walafiat di sini?..lagi2 kepada mereka yang membuang masa dengan bermuka buku,bertwitter pada perkara yang tidak bermanfaat untuk Islam…kita ingin melihat Islam itu naik kembali tetapi kita tidak melakukan apa-apa pun untuk Islam...adilkah kita?..



Jentiklah imanmu itu wahai saudara seIslamku..sedarlah dan bangkitlah,mereka sangat2 memerlukan DOA seluruh umat Islam yakni kita khususnya supaya mereka terus diberi ketabahan,kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dunia yang sangat kejam ini serta manusia yang tidak berperikemanusiaan yang sanggup untuk menyembelih saudaranya sendiri..wa’iyazubillahi minzalik..semoga ALLAH menumpaskan mereka yang zalim dan memberi kemenangan kepada umat Islam..biiznillah..amiinnn..




Dalam konteks kita sekarang,itu saja yang termampu kita lakukan yakni terus BERDOA dan teruskan BERDOA, semoga Allah mendengar rintihan hambaNya yang telah dizalimi kerana DOA itu SENJATA ORANG MUKMIN…maka jika kita bersungguh2 berdoa, insyaAllah doa salah seorang daripada kita akan dimakbulkan...Amiiinnn…dan janganlah kita jemu untuk mendoakan mereka kerana mereka itu semua keluarga kita..cubit peha kanan,peha kiri yang terasa..itulah yang perlu kita rasakan..

Satu lagi sumbangan yang kita boleh lakukan iaitu menyebarkan perihal saudara kita yang ditindas dan dizalimi kepada sahabat2 kita yang lain walaupun kita tidak dapat pergi berperang bersama-sama dengan mereka..semoga dengan menyebarkan perkara ini dapat menggerakkan jiwa2 yang leka supaya kita sama2 cakna akan saudara seIslam kita yang lain..Mungkin ada antara mereka yang tidak tahu akan hal ini,maka menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan kepada mereka yang tidak tahu..1 lagi,selalu lah m’update keadaan mereka di sana kerana kita ini pencinta Islam...tidakkah begitu?..^^,




Tetapi ana berasa sangat sedih kerana tidak dapat melakukan apa-apa pun untuk mereka walaupun kami hanya berjiran(Negara SYRIA dan PALESTIN)..hanya yang ana mampu berdoa,berdoa dan terus berdoa..solat hajat sebagai sampingan.. maka kerana itulah ana mengajak sahabat2 sekalian untuk sama2 peduli ummah..Adakah anda salah seorang daripada kami?.. jika ya,tahniah kerana anda telah terpilh oleh ALLAH untuk diberi ganjaran olehNya di akhirat kelak..insyaAllah..yang penting niat biar ikhlas^_^

Semoga dengan perkongsian ini, Allah akan menggerakkan hati2 kita untuk membantu mereka walaupun dengan hanya berdoa.. Mereka di sana hanya ingin kita mengatakan “KAMI BERSAMA DENGAN KAMU”..itu sudah memadai kerana yang memberi KEMENANGAN kepada mereka ialah ALLAH RABBUL IZZATI.. insyaAllah,pertolongan ALLAH itu dekat..ana tak minta lebih, jika ada sesiapa yang sudah siap sedia untuk menyahut seruan jihad bersama mereka, alhamdulillah.. semoga Allah memberi ganjaran kebajikan kepada sahabat2 kerana cakna akan umat Rasulullah..Rasulullah sangat sayang akan umatnya, tak kan kita ingin menghampakan harapan Rasulullah..ayuh sahabat sama ada yang baru sedar atau sudah lama sedar akan perihal ini, marilah sama2 kita berd0a untuk mereka yang dizalimi..moga Allah redha..amin ya rabbal alamin..