Photobucket

Wednesday 23 May 2012

_Hakikat Imtihan_


Sekarang ini kami di Jordan sedang menjalani "ZONE IMTIHAN NIHAIE"~macam main game pula ya_siap ada zone2 lagi^^.. Fasal ke-2 ni ana ambil 5 madah --> Hadarah Islamiyah(21/5/12), Ulum al-Quran(22/5), Aqidah Islamiyah 1(22/5) Ulum Hadis(26/5) dan akhir sekali Fiqh Ibadat 1(28/5).. Doakan ana supaya dipermudahkan untuk menjawab imtihan kali ini ma'a natijah MUMTAZ, insyaAllah.. Ana juga mendoakan sahabat2 yang sebahtera dengan ana ni sampai ke pelabuhan KEJAYAAN akhirnya nanti, sama2 cemerlang untuk ISLAM.. Ameen..

Bila dah masuk fatrah imtihan ni, mula lah timbul berbagai-bagai perasaan ~berdebar lah, bimbang, gementar, takut pun ada ^_^" (simptom2 orang exam).. Pelik juga kan, kita sudah memikirkan natijah yang negatif (takut gagal @rasib @tidak boleh jawab) sedangkan kita ni belum lagi berusaha @ memulakan langkah yang pertama.. Benar, kita juga perlu mengambil kira akan hasilnya nanti sebagai semangat untuk kita terus berusaha mencapai TARGET MUMTAZ, insyaALLAH.. Tapi jika kita berfikir secara berlebihan, ia akan membawa kesan yang buruk.. Sebab apa? Jika kita sudah mindset kan yang kita ni tak akan mampu buat sesuatu tu, maka ia akan membuatkan kita rasa 'down',malas nak usaha, kecewa dan putus asa"dah tak ada harapan" (kalau aku usaha pun, bukannya mumtaz pun, banyak pula tajuk yang masuk kali ni, mana sempat nak baca dan bla bala bla) (dia tak mengapalah, pelajar hebat)-->monolog dalaman.. Betul tak? Natijahnya, study pun entah ke mana, exam pun entah ke mana disebabkan asyik melayan perasaan saja-->mematikan langkah untuk terus maju ke hadapan.. Jadi, betulkan mindset kita semula @ tajdid niat--> kita kena yakin bahawa Allah tidak akan menzalimi hamba2Nya, Dia akan menilai usaha kita walaupun sekecil biji sawi kan dan bukan pada natijahnya,  gunakan konsep tawakal yang sebetulnya (usaha sehabis mungkin kemudian barulah berserah padaNya diiringi dengan doa yang tidak putus2) , fikirkan positif + positif~ baru ada semangat nak belajar kan.. Kita belajar ni  pun bukan kerana imtihan semata-mata kan,tapi lillahi Taala.. Ingatlah, Allah sentiasa rindukan rintihan doa hambaNya yang meminta kepadaNya..

Kalau sahabat kita boleh, kenapa kita tidak boleh?.. Ingat tak lagi lirik lagu Allahyarham Sudirman tu "Jika fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan, jika kau fikirkan ragu-ragu, usahamu tidak menentu......"~sambung sendiri ya^_^ Laa takhaf wa laa tahzan, innallaha ma'ana.. Kebergantungan dengan Allah tu penting.. Letakkan 101% yakin pada Yang Maha Kaya.. Firman Allah SWT :

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (al-Imran : 139)

Exam2 juga kan, sibuk study sepanjang masa, tak ingat benda lain dah(dalam kepala~penuh dengan kitab2) tapi jangan lupa ya, hubungan dengan Allah dan manusia juga kena jaga (hablum minallah wa hablum minannas)..  Pada masa ni lah, kita kena lebih dekat dengan Allah, sebab apa ya? Kerana yang memberikan natijahnya (kejayaan) itu Allah kan, takkan kita nak sombong/takbur pula dengan Sang Khaliq.. Jaga waktu solat, banyakkan solat hajat, doa, zikir, selawat dan membaca al-quran supaya hati kita menjadi tenang walaupun fikiran tengah serabut^^.. Tapi ini tidak bermakna, masa exam saja perlu dekat dengan Allah(buat banyak ibadat), pastikan setiap masa(lepas exam pun) mesti sentiasa taqarrub ilallah supaya mendapat KEBERKATAN daripadaNya..*peringatan untuk diri ana juga.. Dan hadiahkan lah 1001 senyuman =) pada sahabat walaupun dalam hati ni ada 1001 kerisauan =(.. Jangan tambahkan kerut sahabat pula ya.. Jika sahabat ingin meminta bantuan , bantulah semampu yang mungkin.. Kalau kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudahkan urusan kita pula kan..




Hurmm, ada juga yang berfikiran "exam ni tak penting pun, duniawi semuanya, bukan boleh buat masuk kubur pun".. Memang tidak boleh, tapi mahukah kita ingin menjadi umat Islam yang lemah, terus ditindas dan ditindas oleh pihak Barat/Yahudi Laknatullah tu, mereka sudah sampai ke planet Pluto, yang kita ni masih ingin mencari kasut (hiperbola pula, maaf).. Kenapa negara mereka semuanya sudah maju sedangkan negara umat Islam masih di takuk yang sama? .. (Sebab kita ni malas agaknya-sahabat sekalian pasti ada jawapan yang lebih bernas rasanya).. Kita mengimpikan Islam itu dijulang kembali tetapi adakah kita ini termasuk salah seorang yang memenangkan Islam itu?..Tepuk dada, Tanyalah iman.. Firman Allah SWT :

وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَأَحۡسِن ڪَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
(al-Qasas : 77)

--> KITA HEBAT UNTUK ISLAM <--

Tetapi hakikatnya, imtihan pelajaran ni hanya ujian kecil @ satu juzuk saja jika ingin dibandingkan dengan ujian lain yang lebih penting dan mencabar yang Allah berikan pada hambaNya.. Mungkin jika kita ditanya mengapa kita terlalu takut untuk menghadapi imtihan pelajaran ni-->Kita mungkin menjawab kalau gagal, aku akan menghancurkan harapan ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara, aku akan dicemuh oleh kawan-kawan dan pelbagai lagi perasaan cemas terbayang-bayang di ruang mata sekiranya gagal..

Sebenarnya hidup ini pun adalah satu ujian yang dipenuhi onak berliku dan cabaran beribu.. Allah SWT sengaja menjadikan manusia dan makhluk yang lain mendiami alam yang fana ini semata-mata untuk menguji kita sejauh manakah kesetiaan kita kepada Pencipta.. Firman Allah SWT :

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ
Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya..
(al-Mulk : 2)

 وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ
..Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (al-Anbiya' : 35)

Justeru, keseluruhan hidup ini sebenarnya merupakan ujian.. Ia bermula dari kelahiran manusia hingga berkubur di liang lahad.. Di sana natijahnya yang muktamad akan diperolehi dan di sana juga kejayaan yang hakiki.. Setiap detik dan masa kita teruji.. Pertembungan antara kehendak nafsu dan tuntutan Ilahi, antara dosa dan pahala, antara halal dan haram.. Setiap hari kita diuji, bermula sebelum terbitnya fajar sodik kemudian dalam kesejukan embun pagi kita diuji untuk berjemaah di masjid.. Kita diuji lagi dengan solat dhuha, tugas persatuan, kerja dakwah dan pelbagai macam bentuk aktiviti lagi.. Kita teruji dengan pelbagai nikmat dan musibah.. Nikmat dan musibah juga merupakan ujian daripada Allah.. Adakah kita bersyukur di atas nikmat kurniaan Allah dan bersabar di atas musibah ketentuan Allah?.. Adakah di sepanjang menghadapi ujian2 tersebut kita teguh mempertahankan tuntutan dan syariat Allah? Atau kita kalah, tergelincir, tenggelam dan hanyut dalam tuntutan hawa nafsu..

Berapalah nilainya kejayaan duniawi ini dibandingkan dengan kejayaan akhirat.. Kejayaan di dunia dan kecemerlangan akademik bukanlah penentu kejayaan di akhirat.. Betapa ramai manusia yang cemerlang di dunia meraih jayyid jiddan dan jayyid tetapi kecundang di akhirat.. Bukanlah kita menolak kejayaan di dunia bahkan ianya perlu untuk meneruskan bahtera hidup di alam ini.. Islam menggesa kita menempa kejayaan di dunia dan akhirat, bahkan kejayaan dunia adalah batu loncatan kejayaan di akhirat.. 

Imam al-Ghazali pernah menyatakan dalam kitab Minhaj al-'Abidin : "Sesiapa yang mengutamakan dunianya pasti akan berkurangnya penumpuan kepada akhirat dan sesiapa yang mengutamakan akhiratnya pasti akan berkurang penumpuan kepada dunianya".. Maka utamakanlah sesuatu yang kekal daripada sesuatu yang fana..

Sewajarnya di saat2 getir ini, kita menyusun strategi agar tidak kecundang di kedua-dua persimpangan ini.. Perlu menambahkan usaha dan ketekunan tanpa mengenal erti jemu, penat dan lelah.. Sebagaimana kata ulama' : Kejayaan tidak akan dicapai dengan kerehatan..

.."Apabila engkau mengetahui apa yang engkau kehendaki akan terasa mudah apa yang terpaksa engkau korbankan"..

Justeru itu, marilah kita sama-sama(terutamanya diri ana ni) muhasabah dan menghisab kembali kedudukan diri kita agar kita sentiasa berada di bawah payung rahmat Allah dan keredhaanNya serta dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat.. insyaALLAH..

*Apapun natijah imtihan nanti sama ada najah atau sebaliknya, yakinlah Perancangan Allah itulah yang terbaik, pasti ada hikmah yang tersirat yang kita tidak tahu kan~ bersangka baiklah padaNya..^_^

*Khasnya semua pesanan di atas ni untuk memberikan tasyhji' @ semangat pada ana kerana kadang kala diri ini tiba-tiba hilang semangat @ malas(teruk kan)..^_^" ~dan untuk sahabat ana amnya..
ASSALAMUALAIKUM WBT...










No comments:

Post a Comment