Photobucket

Friday 3 January 2014

Kelanaku di Dataran Syuhada' -Mu'tah-

Sepanjang tiga tahun berkelana di Dataran Syuhada' ini, petang semalam baru pertama kali saya berpeluang menjejakkan kaki di medan Ma3rakah Mu'tah. 

Walhal ianya hanya terletak bersebelahan dengan Universiti Mu'tah.




Kendatipun, alhamdulillah, Allah masih beri saya kesempatan untuk merasai semangat juang mereka dan mentadabbur alam yang luas ini.

Sungguh, setiap kali saya melalui medan peperangan itu untuk pergi ke kuliah, setiap kali itulah saya membayangkan para sahabat sedang sengit bertarung dengan sepenuh daya untuk menumpaskan pihak musuh.

Bunyi bilasan pedang kuat berdentingan.

Laungan takbir sayup-sayup kedengaran.

Panji-panji Islam terus megah berkibaran.

Walaupun panji itu disambut berganti-gantian.

Darah suci pula membasahi di segenap ruang dataran.

Allah.

Matlamat mereka berjuang hanya satu; untuk mencapai keredhaan Allah yang Satu.

Walaupun pada logik akalnya, mustahil untuk mereka meraih kemenangan kerana bilangan pihak musuh berkali-kali ganda banyaknya.

3 000 orang vs 20 000 orang.

Mustahil!

Tapi, mereka tidak pernah mengalah apatah lagi untuk menyerah.

Karna bagi Allah tiada yang mustahil. Jika Allah mengkehendaki kemenangan berpihak kepada Islam, maka ianya pasti berlaku. 

Mereka yakin bahawa Allah pasti ganjari mereka dengan sebaik-baik ganjaran yakni syurga yang kekal abadi.

Syukur. Tentera Islam menang.

Tatkala Abdullah bin Rawahah menyambut panji Islam dari tangan Jaafar bin Abi Talib (selepas Jaafar gugur syahid), beliau berkata dalam syairnya;

"Aku bersumpah wahai jiwa, engkau harus turun di medan perang dalam keadaan engkau akur taat pada perintah atau dalam keadaan terpaksa.

Andai manusia semua berteriak dan berteriak kuat seolah-olah menyerupai suara tangisan maka aku tidak lihat kamu membenci syurga.

Sesungguhnya sudah lama engkau hidup dalam ketenangan.

Jaafar, tidak akan terhidulah melainkan haruman bauan syurga."

Allahu. Runtun hatiku. 

Sayu. Melihat kekentalan dan kegigihan mereka berjuang tanpa henti membuatkan aku terasa malu. Malu dengan diriku sendiri.

Maka, masih pantaskah aku mengeluh kepenatan atas jalan juang ini?

Dush!

#1 Rabi'ul Awal 1435H#


Monday 30 December 2013

Qasidah Qad Kafani 'Ilmu Rabbi.

Cukuplah bagiku pengetahuan Tuhanku,
Daripada permintaan dan usahaku,
Doa serta permohonanku,
Sebagai bukti kefakiranku.

Oleh kerana rasa itu aku berdoa,
Pada saat aku senang dan susah,
Aku adalah hamba menjadi kebanggaanku,
Dalam kefakiran dan keperluanku.

Wahai Tuhanku Yang Memiliki aku,
Kau Maha Tahu akan keadaanku,
Dan apa yang berada dalam hatiku,
Dari kesedihan dan kesibukanku.

Maka tolonglah aku dengan kelembutan,
Dari-Mu wahai Tuhan seluruh hamba,
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah tolonglah hamba,
Sebelum lenyap kesabaran hamba.

Wahai Pemberi pertolongan dengan segera,
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu,
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan,
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua.

Wahai Yang Maha Dekat, dan Menjawab,
Wahai Yang Maha Mengetahui dan Mendengar,
Aku mengaku akan kelemahanku,
Dan ketaatan serta kesedihanku.

Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu,
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku,
Pada lembah kurniaMu aku berada,
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku di sana.

Aku sentiasa mempunyai prasangka baik,
Ia adalah teman dan kawanku,
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku,
Sepanjang malam dan siangku.

Wahai Tuhanku dalam jiwa ini terdapat hajat,
Tunaikanlah wahai yang Maha Menunaikan,
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku,
Dari kebimbangan dan pergolakannya.

Sungguh aku berada dalam ketenteraman dan ketenangan
dan juga ketenteraman dan ketenangan menjadi pakaianku.



Friday 13 December 2013

Ceritera Salju yang Menyentuh Kalbu

Pada tarikh yang cukup istimewa buat warga Mu'tah, Jordan iaitu pada 11.12.13; salju bak mutiara putih telah berguguran jatuh memenuhi segenap ruang di tanah syuhada' ini. Saat yang sangat dinanti telah tiba. Subhanallah. Gembiranya tidak terkata. Walaupun saya sudah berada di Tahun 3 di sini. Adei. Terasa kebudak-budakannya. Salji tahun ini turun lebih awal daripada tahun sebelumnya.

Btw, alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat ini buat kali yang ketiga. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



            -Di Universiti Mu'tah, Jordan-



                      -Di Pekan Mu'tah-

Suhu di sini telah mencecah sehingga -1 darjah celcius. Hanya Allah saja yang tahu perasaan tatkala itu. 

Sejuk. Beku. Dingin. Segala rasa ke'ais'an itu hadir tanpa dipinta. 

Ujian dalam rahmat Ilahi.

W/bagai manapun, kami di sini masih lagi beruntung kerana masih boleh dihangatkan dengan hirom (selimut tebal), sobah (pemanas), cadar elektrik dan sakhonah (pemanas air). Masih mempunyai tempat berteduh daripada angin yang kuat menghempas.

Sedangkan ada di antara saudara Syria kita di kem pelarian sana yang menggigil kesejukan, kedinginan sehingga menggigit tulang, hanya ditemani dengan pakaian nipis cuma. Aduh, sakitnya. Tidak dapat nak dibayangkan keadaan mereka yang sudah pasti sangat derita. 

Sungguh, saya sangat sedih melihat keadaan mereka. Sehingga ada seorang bayi telah meninggal dunia dek kesejukan yang teramat sangat. Kejadian ini berlaku 2 hari lepas. Allahu, tragis. Moga Allah terus melindungi mereka. 

             -Ibu kepada bayi tersebut-

Tatkala kami gembira menyambut salju turun di bumi Mu'tah ini, terdapat insan yang menderita menerima kehadirannya. Sedang aku ceria, mereka berdukacita. Sungguh, aku malu. 

Oleh sebab itu, terdapat beberapa golongan yang prihatin sedang berusaha untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan dan sumbangan di kawasan sekitar Mu'tah ini terutamanya kepada orang Syria, Mesir dan Palestin. I'Allah, aku juga turut membantu selagi kudrat masih ada. Kepada sahabat2 yang ingin membantu, bolehlah turut serta juga. Sama-sama kita ringankan beban mereka.

Tidak dinafikan lagi, erti hidup itu pada memberi. Nikmat itu untuk dikongsi agar semua dapat rasainya bersama. Mudah-mudahan, dengan bantuan kecil ini diterima oleh-Nya nanti. I'Allah. Moga Allah redha.



                     -Kanak-kanak Syria-

Aku percaya, mereka punya pergantungan yang kuat pada yang Maha Kuasa. Sebab mereka telah dididik dan diasuh untuk berjihad sejak mereka kecil lagi. Kuat. Gagah. Berdikari. Sungguh mereka beruntung kerana syurga telah menanti mereka. Moga Allah terus merahmati mereka di sana. 

Bak kata pepatah; cubit peha kanan, peha kiri terasa. Itulah yang harus dirasai oleh kita semua. Kerana kita semua adalah manusia. Manusia yang tidak sanggup untuk melihat insan lain menderita, tidak kira dia seorang muslim atau non-muslim. Mungkin hari ini hari mereka, esok ataupun lusa mungkin hari kita pula. Moga Allah rahmati kalian. 

Ampuni kami Ya Tuhan!

#HambaYangDhaif
#131213


# Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, bolehlah menyalurkan sumbangan kalian ke akaun yang tertera di atas. Moga Allah mengganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran. :)

                                      *Teruskan berdoa*