Photobucket

Friday 13 December 2013

Ceritera Salju yang Menyentuh Kalbu

Pada tarikh yang cukup istimewa buat warga Mu'tah, Jordan iaitu pada 11.12.13; salju bak mutiara putih telah berguguran jatuh memenuhi segenap ruang di tanah syuhada' ini. Saat yang sangat dinanti telah tiba. Subhanallah. Gembiranya tidak terkata. Walaupun saya sudah berada di Tahun 3 di sini. Adei. Terasa kebudak-budakannya. Salji tahun ini turun lebih awal daripada tahun sebelumnya.

Btw, alhamdulillah. Terima kasih ya Allah.

Masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat ini buat kali yang ketiga. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?



            -Di Universiti Mu'tah, Jordan-



                      -Di Pekan Mu'tah-

Suhu di sini telah mencecah sehingga -1 darjah celcius. Hanya Allah saja yang tahu perasaan tatkala itu. 

Sejuk. Beku. Dingin. Segala rasa ke'ais'an itu hadir tanpa dipinta. 

Ujian dalam rahmat Ilahi.

W/bagai manapun, kami di sini masih lagi beruntung kerana masih boleh dihangatkan dengan hirom (selimut tebal), sobah (pemanas), cadar elektrik dan sakhonah (pemanas air). Masih mempunyai tempat berteduh daripada angin yang kuat menghempas.

Sedangkan ada di antara saudara Syria kita di kem pelarian sana yang menggigil kesejukan, kedinginan sehingga menggigit tulang, hanya ditemani dengan pakaian nipis cuma. Aduh, sakitnya. Tidak dapat nak dibayangkan keadaan mereka yang sudah pasti sangat derita. 

Sungguh, saya sangat sedih melihat keadaan mereka. Sehingga ada seorang bayi telah meninggal dunia dek kesejukan yang teramat sangat. Kejadian ini berlaku 2 hari lepas. Allahu, tragis. Moga Allah terus melindungi mereka. 

             -Ibu kepada bayi tersebut-

Tatkala kami gembira menyambut salju turun di bumi Mu'tah ini, terdapat insan yang menderita menerima kehadirannya. Sedang aku ceria, mereka berdukacita. Sungguh, aku malu. 

Oleh sebab itu, terdapat beberapa golongan yang prihatin sedang berusaha untuk menolong mereka yang memerlukan bantuan dan sumbangan di kawasan sekitar Mu'tah ini terutamanya kepada orang Syria, Mesir dan Palestin. I'Allah, aku juga turut membantu selagi kudrat masih ada. Kepada sahabat2 yang ingin membantu, bolehlah turut serta juga. Sama-sama kita ringankan beban mereka.

Tidak dinafikan lagi, erti hidup itu pada memberi. Nikmat itu untuk dikongsi agar semua dapat rasainya bersama. Mudah-mudahan, dengan bantuan kecil ini diterima oleh-Nya nanti. I'Allah. Moga Allah redha.



                     -Kanak-kanak Syria-

Aku percaya, mereka punya pergantungan yang kuat pada yang Maha Kuasa. Sebab mereka telah dididik dan diasuh untuk berjihad sejak mereka kecil lagi. Kuat. Gagah. Berdikari. Sungguh mereka beruntung kerana syurga telah menanti mereka. Moga Allah terus merahmati mereka di sana. 

Bak kata pepatah; cubit peha kanan, peha kiri terasa. Itulah yang harus dirasai oleh kita semua. Kerana kita semua adalah manusia. Manusia yang tidak sanggup untuk melihat insan lain menderita, tidak kira dia seorang muslim atau non-muslim. Mungkin hari ini hari mereka, esok ataupun lusa mungkin hari kita pula. Moga Allah rahmati kalian. 

Ampuni kami Ya Tuhan!

#HambaYangDhaif
#131213


# Kepada sesiapa yang ingin menyumbang, bolehlah menyalurkan sumbangan kalian ke akaun yang tertera di atas. Moga Allah mengganjari kalian dengan sebaik-baik ganjaran. :)

                                      *Teruskan berdoa*






No comments:

Post a Comment