Photobucket

Saturday 30 November 2013

Masih Belum Terlambat Sayang.

Dinihari.

Resah. Gelisah. Gundah.

(Monolog dalaman)
"Arghh! Hatiku sakit. Parah. Ianya harus dirawat.
Siapa yang perlu ku cari? Aku perlu ubatnya segera."

Kedengaran tangisan yang teresak-esak.
Badannya lemah tidak bermaya. Hatinya meronta.
Minta dilepaskan daripada segala kekusutan.
Buntu memikirkan penyelesaiannya.

Tiba-tiba, dia terdengar akan suatu bisikan yang mendayu-dayu.

"Sayang, menangislah. Lepaskan semuanya. Mengadulah pada Yang Memberi Kekuatan. Dia tidak pernah jemu untuk mendengar rintihanmu. Walaupun dosamu memenuhi langit dan bumi, Dia pasti akan mengampunkanmu. Dia Maha Pengasih. Maka, mohonlah keampunan dari-Nya. Dia rindu akanmu Sayang."

Tangisnya lebih kencang. Sehingga terhinjut-hinjut bahunya menahan air mata daripada terus mengalir.

"Tapi...aku rasa tiada guna jika aku bertaubat. Aku takut untuk terjatuh lagi. Aku malu pada Dia", rintihnya.

"Sayang, masih belum terlambat. Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk mereka yang mencari keredhaan-Nya. Rahmat-Nya mendahului daripada murka-Nya. Benar, terkadang kita alpa dengan nikmat dunia hingga terlupa akan akhirat yang menanti. Kita insan, bukannya malaikat. Banyak khilafnya. Tetapi, tangisan Si Pendosa itu lebih Allah sukai daripada ibadat Si 'Abid yang riak. Mungkin, tangisan itu yang akan memadamkan api neraka yang menyemarak tinggi. Peluklah seerat-eratnya hidayah ini, jangan biarkan ia pergi tidak kembali. Jangan berputus asa Sayang."

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." (29:69)

Jari-jarinya mengesat linangan air mata yang berjujuran jatuh itu. Sedar. Insaf.
Hatinya yang sakit itu beransur-ansur pulih. Lega. Tenang.
Benar, menangislah duhai hati selagi boleh menangis. 
Takut. Bila hati tidak mahu menangis lagi, tanda hati itu mati!

#SiPendosa
#30112013
#2200







No comments:

Post a Comment