Photobucket

Saturday 21 January 2012

Jaulah Tautan Hati...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Apa khabar iman kalian hari ini?..adakah up adakah d0wn?..=.='..itulah dinamakan manusia kan..sama2 lah kita checklist iman kita yerk semoga sentiasa meningkat dari sehari ke sehari,,insyaALLAH..apa2 pun,Alhamdulillah,masih diberi kesempatan oleh Allah untuk kita bertemu kembali dan sama2 berkongsi pengalaman pahit manis di laman maya ini,,dengan izin Rabbul Jalil..

Mesti sahabat telah membayangkan apa yang ana nak kongsikan pada kali ini berdasarkan tajuk "Jaulah Tautan Hati" ini,pasti sahabat mempunyai pengalaman tersendiri bersama dgn sahabat2 kalian berjaulah sambil mentadabbur alam Ilahi yg luas ini kan..alhamdulillah,Allah masih memberi nafas kpda kita semua utk sama2 mengambil ibrah dan pelajaran drpda ciptaanNya ini..inilah hikmahnya Allah menyuruh kita bermusafir..sbb di sinilah simpulan ukhuwwah kita semakin bertaut dan menjadi erat atas dasar fillah..yang dulu jauh kini semakin dekat..yang dulu brmasam muka kini brmanis muka..yang dulu kurang kenalan kini brtambah kenalan..itulah buah2 kemanisan ukhuwwah klau kita pasakkan ukhuwwah ini semata2 kerana ALLAH TAALA..

Ana ingin kongsikan sedikit pengalaman ana berjaulah di tanah syam baru2 ini..walaupun hanya 3 hari,,ttpi ana rasa hubungan yang dahulunya renggang(mungkin kerana jarang berjumpa) sekarang ni bertambah rapat..subhanallah,alhamdulillah..inilah ukhuwwah yang ana rasa sangat3 bermakna bagi ana krana di sinilah kita tahu yang mana sahabat dan yang mana kawan.(beza kan)..klau sahabat,susah senang bersama..skrg ni memang senang nak cari kawan  ketawa bersama dgn kita ttpi kawan berduka??..anda pasti ada jawapannya..di sini juga kita dapat mengikis perasaan hasad dengki dan buruk sangka terhadap sahabat kita..s0,,Hargailah sahabat kita selagi dia masih ada!!..


Allah Taala berfirman,
                                    إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.                                             (Al Hujurat: 10)     

"Tahukah kalian tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? "Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" 
(HR. Ibnu Majah)

Ingatlah wahai sahabatku..sungguh silaturahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah Taala..dengan terhubungnya silaturahim,maka ukhuwwah Islamiyah akan terjalin dengan baik..

Dalam hadis lain dikisahkan pula, "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?" tanya Rasulullah SAW kepada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Beliau kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menghubungkan pelbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal shalih yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim".
(HR. Bukhari Muslim).

Allah Taala berfirman,
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Al Imran: 103)

Oleh sebab itu,Islam melarang hal2 yang boleh membawa kepada perselisihan dan perpecahan antara umat Islam spt saling mencurigai,berburuk sangka dan saling bermusuhan..mungkin dalam hati kita ada secalit perasaan itu,maka di sinilah kita patut praktikkan apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang Allah larang,,kerana itulah tanda cinta kita kpda Allah..semoga Allah selitkan dalam hati kita perasaan saling menyayangi dan mencintai serta saling menasihati dalam kebaikan dan ketaqwaan..semoga Allah menjadikan kita dan umat Islam semuanya menjadi orang-orang yang berpegang teguh dengan KitabNya dan sunnah rasulullah saw, kerana hanya dengan hal itulah kesatuan umat Islam di atas kebenaran akan tercapai..dan akhirnya hanya kepada Allahlah kita menyerahkan seluruh urusan kita..Dialah yang Maha Mampu atas segala sesuatu. 

Allah Taala berfirman,
لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.
 (Al Anfal: 63).

Di kesempatan ini juga ana ingin memohon maaf jikalau ada ana terkasar bahasa dan mengguris perasaan sahabat2 semua sepanjang kita berukhuwwah sama ada secara lansung atau tidak langsung..salam ukhuwwah drpda ana,,semoga kita ketemu lagi biiznillah...^_6

Monday 16 January 2012

PeNa...

KU MULAKAN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

Segala puji hanya layak bagi ALLAH SWT,selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw(sollu ala nabi),para sahabat dan tabiin yang mengikut jejak langkah baginda serta mereka yang istiqamah meneruskan perjuangan risalah nubuwwah hingga ke hari akhirat...

Alhamdulillah,terciptalah 1 blog karangan hamba yg daif ini wlpun ana masih bertatih dalam bidang penulisan ini...semoga serba sedikit dapat menyumbang idea dan buah fikiran dalam menegakkan Islam di mata dunia..

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
                                بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Sebagaimana yg kita maklum,bidang penulisan amat ditekankan kpd umat Islam sbg salah satu wasilah untuk menyebarkan dakwah.Kenyataan ini jelas terbukti melalui firman Allah Taala:
نٓ‌ۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ
"Nun,Demi Pena dan apa yang mereka tulis"(1) (surah al-Qalam)
Lafaz'واو القسم'(Allah bersumpah dgn nama pena)yg diibaratkan oleh Allah di dalam ayat tadi menggambarkn betapa agungnya manfaat sebuah pena kerana digunakan oleh manusia untuk menulis segala macam ilmu dan pengetahuan.Pena merupakan saudara bagi lidah dan tafsiran kpda makna di dalam hati.Melalui penulisan juga,mesej dakwah yang ingin disampaikan lebih lama dan lebih berkesan berbanding secara lisan.Oleh sebab itu,apabila tulisan memberikan manfaat kpda umat manusia,maka ganjaran pahalanya akan brkekalan dan begitulah sebaliknya.
Lafaz'واو القسم' juga menunjukkan kelebihan pena dgn penulisan dan pembacaan.Manusia sebenarnya dikurniakan Allah kepandaian menulis,untuk dia sifatkan segala apa yang terkandung di dalam benak hatinya.Firman Allah SWT:
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَم ; عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ  
 Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) (surah al-'alaq)
Konklusinya,jelaslah betapa mahal dan mulianya nilai sebuah mata pena iaitu tulisan ,lebih-lebih lagi untuk tujuan menyeru manusia kpda Allah.Ini adalah juga sebagai satu gerakan untuk mengatasi pihak zionis yg semakin ligat dalam perencanaan menghancurkan Islam di muka bumi ini.Akhirnya,harapan ana semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat umum yang banyak kpda kita khususnya dalam bentuk pengajaran dan peringatan.
وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ 
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (33)
(surah fussilat) 
SEKIAN,,JUMPA LAGI,,INSYAALLAH,,MOHON TUNJUK AJAR DARIPADA KALIAN...^_6