Photobucket

Monday 16 January 2012

PeNa...

KU MULAKAN DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.....

Segala puji hanya layak bagi ALLAH SWT,selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw(sollu ala nabi),para sahabat dan tabiin yang mengikut jejak langkah baginda serta mereka yang istiqamah meneruskan perjuangan risalah nubuwwah hingga ke hari akhirat...

Alhamdulillah,terciptalah 1 blog karangan hamba yg daif ini wlpun ana masih bertatih dalam bidang penulisan ini...semoga serba sedikit dapat menyumbang idea dan buah fikiran dalam menegakkan Islam di mata dunia..

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
                                بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Sebagaimana yg kita maklum,bidang penulisan amat ditekankan kpd umat Islam sbg salah satu wasilah untuk menyebarkan dakwah.Kenyataan ini jelas terbukti melalui firman Allah Taala:
نٓ‌ۚ وَٱلۡقَلَمِ وَمَا يَسۡطُرُونَ
"Nun,Demi Pena dan apa yang mereka tulis"(1) (surah al-Qalam)
Lafaz'واو القسم'(Allah bersumpah dgn nama pena)yg diibaratkan oleh Allah di dalam ayat tadi menggambarkn betapa agungnya manfaat sebuah pena kerana digunakan oleh manusia untuk menulis segala macam ilmu dan pengetahuan.Pena merupakan saudara bagi lidah dan tafsiran kpda makna di dalam hati.Melalui penulisan juga,mesej dakwah yang ingin disampaikan lebih lama dan lebih berkesan berbanding secara lisan.Oleh sebab itu,apabila tulisan memberikan manfaat kpda umat manusia,maka ganjaran pahalanya akan brkekalan dan begitulah sebaliknya.
Lafaz'واو القسم' juga menunjukkan kelebihan pena dgn penulisan dan pembacaan.Manusia sebenarnya dikurniakan Allah kepandaian menulis,untuk dia sifatkan segala apa yang terkandung di dalam benak hatinya.Firman Allah SWT:
ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَم ; عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ  
 Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) (surah al-'alaq)
Konklusinya,jelaslah betapa mahal dan mulianya nilai sebuah mata pena iaitu tulisan ,lebih-lebih lagi untuk tujuan menyeru manusia kpda Allah.Ini adalah juga sebagai satu gerakan untuk mengatasi pihak zionis yg semakin ligat dalam perencanaan menghancurkan Islam di muka bumi ini.Akhirnya,harapan ana semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat umum yang banyak kpda kita khususnya dalam bentuk pengajaran dan peringatan.
وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ 
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (33)
(surah fussilat) 
SEKIAN,,JUMPA LAGI,,INSYAALLAH,,MOHON TUNJUK AJAR DARIPADA KALIAN...^_6

No comments:

Post a Comment