Photobucket

Saturday, 30 November 2013

Masih Belum Terlambat Sayang.

Dinihari.

Resah. Gelisah. Gundah.

(Monolog dalaman)
"Arghh! Hatiku sakit. Parah. Ianya harus dirawat.
Siapa yang perlu ku cari? Aku perlu ubatnya segera."

Kedengaran tangisan yang teresak-esak.
Badannya lemah tidak bermaya. Hatinya meronta.
Minta dilepaskan daripada segala kekusutan.
Buntu memikirkan penyelesaiannya.

Tiba-tiba, dia terdengar akan suatu bisikan yang mendayu-dayu.

"Sayang, menangislah. Lepaskan semuanya. Mengadulah pada Yang Memberi Kekuatan. Dia tidak pernah jemu untuk mendengar rintihanmu. Walaupun dosamu memenuhi langit dan bumi, Dia pasti akan mengampunkanmu. Dia Maha Pengasih. Maka, mohonlah keampunan dari-Nya. Dia rindu akanmu Sayang."

Tangisnya lebih kencang. Sehingga terhinjut-hinjut bahunya menahan air mata daripada terus mengalir.

"Tapi...aku rasa tiada guna jika aku bertaubat. Aku takut untuk terjatuh lagi. Aku malu pada Dia", rintihnya.

"Sayang, masih belum terlambat. Pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk mereka yang mencari keredhaan-Nya. Rahmat-Nya mendahului daripada murka-Nya. Benar, terkadang kita alpa dengan nikmat dunia hingga terlupa akan akhirat yang menanti. Kita insan, bukannya malaikat. Banyak khilafnya. Tetapi, tangisan Si Pendosa itu lebih Allah sukai daripada ibadat Si 'Abid yang riak. Mungkin, tangisan itu yang akan memadamkan api neraka yang menyemarak tinggi. Peluklah seerat-eratnya hidayah ini, jangan biarkan ia pergi tidak kembali. Jangan berputus asa Sayang."

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik." (29:69)

Jari-jarinya mengesat linangan air mata yang berjujuran jatuh itu. Sedar. Insaf.
Hatinya yang sakit itu beransur-ansur pulih. Lega. Tenang.
Benar, menangislah duhai hati selagi boleh menangis. 
Takut. Bila hati tidak mahu menangis lagi, tanda hati itu mati!

#SiPendosa
#30112013
#2200







Monday, 15 April 2013

Semangat PRU13_Ini Kalilah UBAH!


Pemuda itu haruslah memiliki hamasah (semangat). Dan dengan hamasah para pemuda, harakah (gerakan) menjadi lebih berani dan terkehadapan. 

Namun harakah juga memerlukan kunci kedua iaitu hikmatusy syuyukh yakni kebijaksanaan kaum yang lebih tua untuk memastikan anjakan yang dilakukan adalah lebih mantap.

Insan yang berjiwa muda akan sentiasa bersemangat dalam perjuangan. Justeru, pemuda harus dimanfaatkan semaksimumnya kerana mempunyai kekuatan dan tenaga yang cukup melebihi golongan yang tua.

Manakala, golongan yang tua amat penting kepada golongan yang muda dalam pencetusan idea yang bernas kerana golongan ini telah "makan garam" terlebih dahulu.

As-syabab dan As-syuyukh perlu disatukan dalam menghasilkan sinergi yang luar biasa sekali gus mewujudkan satu tenaga yang mantap ke arah dalam mewujudkan perubahan.



الجمع بين القديم الصالح والجديد النافع

*pinjam perkataan seorang sahabat.

TERIMA KASIH! ^_^


   *Abah (Mazait bin Mohamad) & Abang Sulung (Muhammad Hafizuddin) 
_Uhibbukuma fillah_


#Dah berhabuk blog ni. Adeh. =='
#Tajdid niat_muhasabah diri_moga ada manfaatnya.


Saturday, 1 September 2012

~Ahlein Tetamu Dataran Syam~



CINTA & IMPIAN

Tika kaki mula melangkah,
Meninggalkan bumi ibunda tercinta,
Hatiku seakan-akan tewas,
Lidah lembut seakan-akan kelu,
Untuk ku lafazkan,
"Selamat tinggal semua".


Kerna dia ibuku,
Dia ayahku,
Dia adikku,
Dia sahabatku.

Mengapa saat ini,
Jiwaku diterjah rasa sayang yang tak terkata,
Seakan pemergian ini buat selamanya.

Wajah tua itu,
Melambaikan tangan kepadaku,
Tangan tua yang keras bekerja membesarkan aku,
Tangan itulah,
Yang dulunya pernah mendodoikan aku,
Tangan itu jugalah suatu masa dulu,
Tegas mendidik dan mengajar aku akan erti hidup ini.

Ku tempa saat ini di memoriku,
Agar bisa menjadi inspirasi,
Akan ku genggamnya bersama impianku,
Sebagai penguat saat lemahku.

Aku tetap menyayangimu,
Walau jarak ini memisahkan, 

Tiada apa yang dapat meleraikannya,
Meskipun nyawa dipertaruhkan.

Ayah...
Ibu...
Aku akan pulang nanti,
Bersama segulung kejayaan,
Biasan kasihku ini hanya untukmu.

Ya Allah,
Demi agamaMU,
Akan ku teruskan langkahku ini,
Kerna ku yakin,
Inilah jalan menuju redhaMU...



*Nukilan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) '12/'13

 - Akhi Kailani Zahari

"PERMATA KITA, SUARA KITA, KELUARGA KITA"